Sunday 3 November 2013

TRAVELOG JEPUN 3S

TRAVELOG JEPUN akan menganjurkan program yang dinamakan TravelogJepun 3S:-

Travel ke Jepun untuk menikmati Snow, Sakura dan Shopping.

DAY1: Please assemble LCCT (next to McDonald) by 11:30 am. Drop luggage at check in counter. Arrive Haneda Airport. Meet by our Tour Representative.
Transfer by bus to Hakuba Ski Resort.

DAY2: Arrive very early morning. Check in to the hotel. Breakfast is provided. Transfer to Hakuba Goryu Ski Resort. Learn to play ski and wear snow shoes. Lunch is provided.available.Late afternoon back to Inn. Japanese Authentic Halal Dinner is served at the Inn.
Hotel: Muslim Friendly Resort

DAY3: Breakfast is at the Inn. Transfer to Hakuba Goryu Ski Resort. Today is snow activities. Family games on the top of the mountain. Snow picnic with wearing snow shoes. Continue with the snow activities. Rental of ski equipment is available.
Back to the Inn
Hotel: Muslim Friendly Resort

DAY4: Breakfast at the Inn. Visit Wasabi Farm. Proceed to the biggest Mall in Japan Karuizawa Prince Shopping Plaza. Shinkansen rides from Karuizawa to Ueno Station. Train to Ikebukuro
Hotel: Sakura Hotel Ikebukuro

DAY5: Breakfast at the hotel. Walking tour to observe Sakura Trees in Tokyo. Sightseeing and shopping in Tokyo.
Hotel: Sakura Hotel Ikebukuro
Free at own activities

Optional: Tokyo Disneyland
Hotel: Sakura Hotel Ikebukuro

DAY6: Breakfast at the hostel. Continue for Walking Tour of Tokyo.
Check out from the hostel. Transfer to Haneda Airport by train from Hamamatsucho Station.
AirAsia Check in counter

STRUKTUR BAYARAN.

1. Harga Asal RM4802 + RM1200 (Flight) = RM6004

2. Oktober: RM4790 + RM900 (Flight) = RM5690

3. November: RM4790+RM1000 (Flight) = RM5790

4. Disember: RM4800 +RM1200(Flight) = RM6000


Berikut adalah beberapa foto petikan Program 2S Mac 2013:-

Acara Pilihan Sendiri: Disneyland

Acara Pilihan Sendiri: Mt.Fuji

Group Photo

Acara Pilihan Sendiri: Hakone

Jejaka Harapan Bangsa

Lunch On Ice: Sangat Meriah

Penaja Utama: Muslim Friendly Project

Jalan-jalan Sakura

Sakura Malam

Guling-guling atas salji

Menoreh di musim sejuk?

Luas pandangan

Budak-budak main ais

Makcik-Makcik Menuruni Ais

Sesi Make-up sebelum bergambar

Ladang Wasabe

Ladang Wasabe

Saturday 12 October 2013

HAK MENAIKI BAS DINAFIKAN WALAUPUN TIKET SUDAH DIBELI


Saya beli tiket bas. Perjalanan malam dari Nagoya ke Tokyo. Bas dijadualkan bertolak dari Nagoya jam 11.30 malam. Ia dijangka sampai pada jam 6 pagi di Tokyo.

Sekitar jam 11 malam, datang seorang staf beruniform. Diua beritahu saya bahawa saya dan rombongan, seramai 24 orang tidak dibenarkan menaiki bas. Saya, sebagai ketua rombongan sudah panik. Mahu bertengkar pun tidak ada gunanya. Wang harga tiket saya akan dikembalikan dan kami tidak dibenarkan menaiki bas.

Akhirnya datang seorang Mat Salleh ingin membantu. Dengan bantuannya, kami mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul. Keputusan muktamad adalah kami tidak dibenarkan menaiki bas. Alasannya ialah kerana kami membawa bagasi yang banyak. "Orang Jepun 'travel light'. Maksima hanya satu beg kecil sahaja mereka bawa". Kata pegawai itu. "Kamu punya bagasi sahaja sudah satu bas". Tawaran kami untuk membawa bagasi dengan bas lain juga ditolak.

Akhirnya..... pegawai berkenaan membawa saya kepada pegawai keretapi dan menukarkan tiket bas kepada tiket keretapi. Kami naik keretapi pada masa yang ditetapkan dan tiba di TYokyo pada masa yang sama dengan jadual ketibaan bas. Bukan itu sahaja, kami saya hanya perlu bayar 30% sahaja daripada tambang bas kerana keretapi memberikan diskaun yang banyak kepada rombongan yang  menaiki "Niagara Moon Night".




Friday 16 August 2013

TRAVELOG JEPUN: DI SEBALIK NOREN


Kepada sesiapa yang sudah membaca buku atau eBuku Travelog Jepun. Jika ingin tahu kisah di sebalik noren (tabir) pembikinan buku Travelog Jepun, bolehlah memiliki ebuku ini.

Dalam buku ini, saya ceritakan bagaimana buku Travelog Jepun ditulis Saya ceritakan bagaimana pemilihan cerita dibuat. Saya ceritakan perkara-perkara di belakang tabir. Bukan senang menulis buku hingga ia diterbitkan dan laku di pasaran. Banyak cerita kurang menarik yang jika "ikut hati" atau "ambil hati", nescaya saya akan berhenti menulis.

Mahu baca buku ini?. Harganya cuma RM10 sahaja.

Cara mudah sahaja:

1. Bank-in duit RM10 ke akaun Maybank 562414501375 (Tomodachi Sdn Bhd).

2. E-mel bukti pembayaran kepada sales@tomodachi.my.   

3. E-book akan dihantar kepada Tuan/Puan.


Terima kasih.


Saturday 18 May 2013

BAHASA INGGERIS DI JEPUN


Everyday the same low price


You can pay some creditcard over Y3000


Keep off the premises

Wednesday 24 April 2013

BIMBINGAN MENULIS BUKU TRAVELOG JEPUN

Perkara: Bimbingan Menulis Buku Travelog Jepun
Tarikh: 6 Jun 2013 (Sabtu)
Masa: 9am - 12pm
Tempat: JICA Malaysia Office, Tingkat 29, Menara Citibank, Jalan Ampang, KL
Bayaran: RM50 (Ahli myJICA), RM100 (bukan ahli)
Cara Bayaran: Bank-in ke Akaun Maybank: 562414501375 (Tomodachi Sdn Bhd)
E-Mel: sales@tomodachi.my

Mengapa BIMBINGAN dan bukan kursus, bengkel atau yang seerti?.

BIMBINGAN bermaksud menunjuk-ajar, memimpin dan tuisyen. Kami bukan setakat mengajar, tetapi memberi bimbingan sehingga manuskrip anda siap (dalam tempoh yang ditentukan).

Mengapa Travelog Jepun?

Semua kenshuin (JICA ex-participants) telah menimba ilmu dan mempunyai pengalaman mengenai Jepun. Dengan bimbingan yang diberikan, buku lebih mudah dihasilkan.

Bolehlah saya menulis buku travelog lain?

Tiada halangan. Walau bagaimanapun bimbingan ini hanya untuk buku travelog Jepun.




Sunday 31 March 2013

EKSPEDISI KE MT. FUJI 2013

Hari 01(29 Ogos ’13)

- Tiba di Haneda Airport ~ Dibawa menaiki bas ke tempat penginapan.

Hari 02 (29 Ogos ’13) – Sarapan di hotel. ~ Menaiki keretapi melawat Bandar Tokyo. ~ Selepas makan tengahari menaiki bas di Shinjuku untuk ke Tasik Kawaguchi. ~Daftar masuk ke K’s House Mt Fuji. ~Acara bebas ~Makan malam di Restoran Halal ~Berehat secukupnya malam ini.

Hari 03 (30 Ogos’13) ~ Sarapan pagi disediakan (onigiri + sandwic + kopi/teh ) ~ Bergerak menuju ke stesyen bas Kawaguchi untuk menaiki bas ke 5th station Mt Fuji. ~ Tiba awal pagi di 5th station. Membeli kelengkapan untuk mendaki seperti tongkat, gas oksigen dan makanan (energy bar) ~Jam 12 tengahari mula mendaki dan dianggarkan tiba di 8th station sekitar 5 ptg. ~ Berehat secukupnya. Makan malam (kos sendiri). ~ Jam 11:30 malam mula bergerak ke puncak. Ribuan orang akan mendaki pada waktu yang sama.Perlu beratur untuk mendaki.

Hari 04 (31 Ogos ’13) – MERDEKA !!!!! ~ InsyaAllah akan tiba di puncak Mt Fuji (3776m) sekitar jam 3:30 pagi. Sambil menyambut ‘Hari Merdeka’ dan menikmati keindahan matahari terbit. Berehat sambil berfoto beramai ramai. Foto tersebut diperlukan untuk menjadi bahan bukti agar pihak Mt Fuji akan menghantarkan sijil kejayaan mendaki Mt Fuji 2013. ~Sekitar jam 6:00 pagi mula turun ke 5th station. Tiba di 5th sekitar 10:30 pagi. Berlegar legar sambil menikmati perbagai makanan yang dijual disitu. ~Menaiki bas ke Tasik Kawaguchi untuk mengambil beg pakaian yg ditinggalkan di Kawaguchiko Inn. ~Menaiki bas ke Shinjuku stesyen di Tokyo. Menuju ketempat penginapan.

~Makan malam disediakan. ~Acara bebas

Hari 05 (01 Sept’13) ~Sarapan pagi di hostel. Acara bebas.

Hari 06 (02 Sept’13) ~Sarapan pagi di hostel. Acara bebas. Bergerak ke Haneda Airport lewat petang. ~Menaiki pesawat AirAsiaX ke KUL

SAYONARA!!

Pakej termasuk: Menaiki pesawat AirAsiaX (pergi -balik) 1 malam penginapan di Haneda Inn (2 org sebilik) atau setaraf dengan nya 1 malam penginapan di K’s House Mt Fuji (4-6 org sebilik) atau setaraf dengan nya. 2 malam penginapan di Sakura Hostel Asakusa (6 – 8 org sebilik) dengan perkongsian bilik mandi Pengangkutan dari Haneda ke Tokyo (pergi – balik) Pengangkutan dari Shinjuku ke Kawaguchiko (pergi – balik) Pengangkutan dari Kawaguchiko ke stesyen ke 5 Fuji-san (pergi – balik) Pengangkutan dari stesyen Shinjuku ke stesyen Asakusa Makanan disediakan seperti didalam aturcara Tour koodinator dari IGNS Holidays

Harga pakej: a) RM 3995.00* seorang untuk pendaki – menaiki AirAsia *tertakluk pada harga semasa

b) RM 2795.00** seorang tanpa harga tiket penerbangan (ground cost only!!) ** Cadangan menggunakan MAS / JAL ** Aturcara akan diubah mengikut jenis penerbangan

Harga pakej tidak termasuk: Caj bagasi dengan AirAsiaX Makanan didalam pesawat Tempahan tempat duduk (reserved seats) Dobi / telefon / insuran

Nota: Peserta digalakkan membuat rawatan kesihatan (medical checkup) Sebelum menyertai program ini.

Tempat terhad kepada 20 sahaja. 9 sudah ditempah. Tinggal lagi 11 sahaja.

Saturday 30 March 2013

PROGRAM 2S (SAKURA & SALJI) DI JEPUN

Program 2S secara rasminya bermula pada 23 Mac dan berkhir pada 29 Mac.

Sejumlah 27 peserta telah mengikuti program ini.

1. Peserta tiba di Lapangan terbang Haneda dan terus menaiki bas ke Hakuba. Tiba di Hakuba empat jam kemudian, semua peserta telah check-in ke hotel. Minum pagi disediakan pada jam 9 pagi. Selepas minum pagi, para peserta diberi peluang bermain salji di hadapan hotel. Seterusnya para peserta dibawa ke tempat permainan ski di pergunungan. Para peserta menikmati peluang bermain salji, ski, menaiki kereta kabel dan sebagainya.

2. Hari kedua para peserta dibawa ke sebuah lagi tempat bermain ski. Di sini beberapa permainan keluarga diadakan dan ia diakhiri dengan jamuan makan tengahari bermejakan air batu.

3. Hari ketiga para peserta dibawa ke ladang wasabe yang terbesar di Jepun. Seterusnya ke outlet membeli belah sebelum menaiki shinkansen ke Tokyo. Di Tokyo kami menginap di Sugamo.

4. Acara hari ini ialah menikmati BBQ di bawah pohon sakura. Malangnya hari hujan hingga ke petang. Para peserta menghabiskan masa di kompleks membeli belah Aeon. Ia dikatakan kompleks Aeon yang terbesar di dunia.

5. Hari ini adalah free day. Ada yang ke Disneyland dan Disney Sea. Ada yang ronda-ronda Tokyo. Ada juga yang ke Hakone, Mt. Fuji dan Gotemba Outlet.

6. Hari terakhir ... menikmati keindahan sakura di Tokyo dan berlepas pulang dari Haneda pada sebelah malamnya...

Sunday 10 March 2013

Triumph Japan develops Bra that doubles as a golf putting mat

Japanese creativity.

t's a bra that turns into a putting green. Except the hole is elevated while the rest of the green is flat. Okay. But if this is the bra she was wearing, what's she going to wear while she's golfing? Wait, forget we asked that.

Friday 22 February 2013

HANG TUAH DAN CHENG HO KE OKINAWA, JEPUN

Buku Travelog Jepun boleh dibeli di travelogjepun.tomodachi.my

Travelog Jepun boleh diikuti di Facebook dengan LIKE Pagebook TravelogJepun

Travelog Jepun boleh diikuti di Facebook dengan LIKE Pagebook

Wednesday 13 February 2013

PEMASARAN BUKU TRAVELOG JEPUN

SAYA mengambil kesempatan menerbitkan buku Travelog Jepun ini sempena Ulangtahun Ke-30 Dasar Pandang Ke Timur (Look East Polict - LEP). Logo tersebut saya gunakan pada muka hadapan buku. Ia mendapat restu JICA.

Memang banyak aktiviti dilakukan sempena ulangtahun Ke-30 LEP ini. Salah satunya ialah seminar LEP yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri. Saya tidak membuat persediaan yang rapi untuk menyerahkan buku Travelog Jepun kepada PM sebenarnya.

1. Buku Travelog Jepun edisi pertama secara POD habis dijual. Kebanyakan pembaca sukakan buku ini. Banyak juga pembaca terkilan kerana buku ini tidak disertakan dengan foto. Saya cuba mengelak dari meletak foto kerana ia akan menaikkan kos percetakan.

2. Kemudian saya cuba dapatkan pencetak yang boleh mencetak dengan harga yang murah. Alhamdulillah, berjaya ditemui. Kos cetakan 1,000 buku edisi foto berwarna ini adalah suku daripada kos cetakan terdahulu tanpa warna. Inilah trik dalam perniagaan.

3. 1,000 buku siap dicatak dan saya bawa pulang ke rumah. Ruang tamu menjadi stor. NAsib baik isteri tidak mengamuk. Setelah buku ada depan mata, baru saya fikir untuk memasarkannya. Sila strategi.

4. Hapir 100 buku yang terlebih cetak saya bahagi-bahagikan kepada rakan-rakan dengan harapan mereka boleh war-warkan kepada rakan-rakan mereka untuk membeli buku ini. HAMPA. 99% daripada penerima buku percuma ini tidak melakukan apa-apa. Mungkin mereka tidak pun membacanya. Saban hari saya menunggu dan mengintai laman web serta Facebook mereka. Buku saya tidak dihebahkan. Buku-buku lain yang dicanangkan. Tidak kecewa, cuma suatu PENGAJARAN berguna.

5. Buku Travelog Jepun dijual dengan harga RM29.90. Saya buat promosi gila-gila. Barangsiapa beli buku saya, saya akan beri jamuan makan BBQ percuma di Jepun. Hingga kini ada 20 orang yang menyahut cabaran ini. Alhamdulillah.

6. Saya menghubungi seorang internet marketter (IM) ataupun Facebook marketer yang "hebat" dan menawarkan RM10,000 jika dia boleh mengiklankan buku saya. Jika satu yang laku, saya beri RM10. Jika 1,000 yang laku saya bayar RM10,000. No takers. PENGAJARAN yang amat BERGUNA bagi saya. Kebanyakan IM ini hanya mahu cari duit melalui kelas pemasaran. Bila disuruh buat pemasaran untuk membuktikan teorinya, hampeh sahaja. [IM yang lain jangan marah, ini pengalaman saya].

7. Harga buku RM29.90. Kos Pos Laju RM6. Ada yang beli melalui e-mel dan Facebook saya hantarkan.Kemudian saya bagi Pos PERCUMA. Tidak ramai juga yang ambil peluang.

Saya iklankan buku ini di mailing-list myJICA. Beli buku RM29 dan bayaran pos percuma. RM10 akan didermakan kepada myJICA. Saya jangkakan adalah dalam 50 orang akan beli. Hampeh betul sebab tidak seorangpun yang membelinya. Bertanya pun tidak.

Saya iklamkan pula kepada rakan Facebook. Sila iklankan buku saya. Anda jual RM29. Anda kutip duit. Anda ambil RM10. Anda hantar bakinya kepada saya. Berikan nama dan alamat pembeli. Saya [poskan kepada pembeli. Saya tanggung kos Pos Laju. Seingat saya, hantya seorang sahaja yang berbuat begitu. Itu pun dia yang beli sendiri menggunakan nama orang lain.

Anak saya kata, saya mesti buat video dan upload dalam youtube, baru ada impak. Dia mengakui buku saya sangat bagus, walau bagaimanapun susah untuk dijual.

PELANCARAN BUKU TRAVELOG JEPUN

SEHARI sebelum buku Travelog Jepun siap dicetak, saya hadir ke seminar Look East Policy (LEP)di Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan Duta Jepun mewakili Perdana Menteri Jepun. Sayang sekali, kalaulah buku itu telah siap, dapatlah saya hadiahkan senaskah kepada YAB Perdana Menteri. Tentu boommm buku saya. Sekadar angan-angan.

1. Saya, isteri dan anak saya pernah menghadiri kursus penyediaan sushi halal oleh Chef Nabil.

2. Saya bercadang untuk menjamu rakan-rakan makan sushi di rumah sebagai acara utama. Acara sampingan pula ialah Pelancaran Buku Travelog Jepun

Sebahaguan daripada sushi yang disediakan. Memang penat menyediakan sushi untuk 80 orang.

Bila hari sudah petang buka kedai .... ramai minta tandatangan buku. Maka bermulalah sesi pelancaran buku Travelog Jepun

Di samping buku sendiri, saya juga jual buku kawan. Ia sangat laris. Habis.

Seronok jumpa kawan-kawan. Namun ada juga yang tidak datang sebab takut saya kenakan bayaran makan sushi ataupun takut terpaksa beli buku saya. Saya ajak ikhlas untuk makan sahaja. Namun kawan ada macam-macam kawan.... ajak makan pun masih was-was takut perlu salam keruk :)

Buku Travelog Jepun tidak habis terjual pada hari pelancaran. Saya tidak risau, sebab tujuan utamanya ialah untuk menjamu makan. Lagi pula buku ini saya jual RM39 sedangkan kos penerbitan buku ini adalah RM40.

Pecahan kos ialah:-

Cetakan RM22, Editor RM15, Cover RM3

Mengapa menjual walaupun rugi? Itu strategi.

KISAH PENERBITAN BUKU TRAVELOG JEPUN

1. Kisah bermula sekitar trahun 2008 apabila saya menghadiri kursus menulis buku yang diadakan oleh PTS. Kelas diajarkan sendiri oleh pengerusinga, Puan Ainon Mohd. Balik daripada kelas, saya terus merangka proposal untuk menulis buku Travelog Jepun. Saya e-mel proposal kepada Puan Ainon dan beliau menerimanya dengan gembira.

2. Saya mula menulis bab demi bab. Saya menggunakan Kaedah KJ (Kawahiro Jiro Methode). Siap satu bab, saya e-mel kepada Puan Ainon dan beliau memberi ulasan dan cadangan. Saya ikut cadangan beliau dan hantar lagi dan lagi. Beliau juga turut komen, beri ulasan dan meminta tambah itu dan ini. Manuskrip ini siap sepenuhnya dalam masa kurang dari setahun.

3. Manuskrip Travelog Jepun saya hantar kepada PTS dalam bentuk softcopy dan juga hardcopy. Inilah cover asal secara main-main yang saya gunakan.

4. Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Manuskrip yang dihantar tiadak ada sebarang berita. Saya tanya A, disuruh rujuk kepada B. Tanya B dirujuk kepada C. Oleh kerana saya mempunyai deria keenam yang tajam, maka fahamlah saya bahawa buku saya tidak akan diterbitkan. Saya meminta manuskrip saya dipulangkan. Walau bagaimanapun pelbagai alasan diberikan dan sehingga sekarang ia masih belum dipulangkan kepada saya.

5. Setelah beberapa lama menyimpan manuskrip (yang jasadnya tidak ada pada saya), saya memutuskan untuk menerbitkannya sendiri. Maka bermulalah kisah terbit sendiri.

6. Mula-mula saya suruh rakan saya mendapatkan ISBN daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Berjaya untuk edisi cetak dan e-book.

7.Saya iklankan untuk mencari editor. Agak sukar. Akhirnya sdra Masdalifadzlie M Saaid, yang mempunyai latarbelakang pengajian di Jepun dan merupakan bekas editor PTS, bersetuju menjadi editor buku Travelog Jepun. Bayaran dirunding, kerja dilakukan dan selesai.

8. Cover buku saya menggunakan perkhidmatan daripada Jess Rosaria Yamin yang tinggal di Sabah. Ia tidak banyak berkira dengan kerja yang dilakukan.

9. Untuk menguji pasaran, saya membuat 100 cetakan pertama menggunakan POD (Print on Demand). Harganya agak mahal.

10. Editor, Penyedia Cover dan Pencetak masih belum saya jumpa in-person sehingga sekarang. Kami cuma berkomunikasi melalui Internet sahaja.

11. Seratus buku POD habis terjual dan kira pulang modal.

Terima kasih kawan-kawan yang memberi sokongan.

Sunday 10 February 2013

Zamri Mohammad adalah jurulatih dalam bidang penulisan yang terkenal. Beliau sendiri sudah menghasilkan puluhan buku 'best seller'.

Sunday 27 January 2013

TRAVELOG JEPUN : MIHO OKUBO

Mrs. Miho Okubo adalah JICA Assistant Representative di Kuala Lumpur. Beliau meletak jawatan dan pulang ke Jepun setelah berkahwin untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.

Selama dua tahun di Malaysia, beliau tahu sedikit-sedikit Bahasa Malaysia. Walau bagaimanapun suami beliau, yang mana mereka bertemu di negara ini, adalah fasih berbahasa Malaysia.

"Buku Travelog Jepun ini adalah untuk suami saya. Saya mahu dia bacakan untuk saya". Kata beliau semasa kami meraikan perpisahan beliau.

Friday 25 January 2013

TRAVELOG JEPUN : KOMEN MAWAR

Melalui TJ saya sudah faham erti Haiku

Saya sudah boleh tulis Haiku.


--- Mohd Azmi Wan Abd Rahman (MAWAR).

TRAVELOG JEPUN : KOMEN PUAN AINON

Travelog ini memang bagus!

Banyak maklumat baru

Gaya bercerita yang santai

TRAVELOG JEPUN : Sedasawarsa Bersama JICA Di Okinawa

Buku Travelog Jepun : Sedasawarsa Bersama JICA Di Okinawa.

ISBN: 978-967-11288-4-8

Saiz: A5

Bil Mukasurat: 248

Foto warna: 23 mukasurat

Penerbit: Tomodachi Sdn Bhd

Harga: RM29.90

Pengarang: Muhamad Bin Ali


Muka depan


Muka belakang