Friday 22 February 2013

HANG TUAH DAN CHENG HO KE OKINAWA, JEPUN

Buku Travelog Jepun boleh dibeli di travelogjepun.tomodachi.my

Travelog Jepun boleh diikuti di Facebook dengan LIKE Pagebook TravelogJepun

Travelog Jepun boleh diikuti di Facebook dengan LIKE Pagebook

Wednesday 13 February 2013

PEMASARAN BUKU TRAVELOG JEPUN

SAYA mengambil kesempatan menerbitkan buku Travelog Jepun ini sempena Ulangtahun Ke-30 Dasar Pandang Ke Timur (Look East Polict - LEP). Logo tersebut saya gunakan pada muka hadapan buku. Ia mendapat restu JICA.

Memang banyak aktiviti dilakukan sempena ulangtahun Ke-30 LEP ini. Salah satunya ialah seminar LEP yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri. Saya tidak membuat persediaan yang rapi untuk menyerahkan buku Travelog Jepun kepada PM sebenarnya.

1. Buku Travelog Jepun edisi pertama secara POD habis dijual. Kebanyakan pembaca sukakan buku ini. Banyak juga pembaca terkilan kerana buku ini tidak disertakan dengan foto. Saya cuba mengelak dari meletak foto kerana ia akan menaikkan kos percetakan.

2. Kemudian saya cuba dapatkan pencetak yang boleh mencetak dengan harga yang murah. Alhamdulillah, berjaya ditemui. Kos cetakan 1,000 buku edisi foto berwarna ini adalah suku daripada kos cetakan terdahulu tanpa warna. Inilah trik dalam perniagaan.

3. 1,000 buku siap dicatak dan saya bawa pulang ke rumah. Ruang tamu menjadi stor. NAsib baik isteri tidak mengamuk. Setelah buku ada depan mata, baru saya fikir untuk memasarkannya. Sila strategi.

4. Hapir 100 buku yang terlebih cetak saya bahagi-bahagikan kepada rakan-rakan dengan harapan mereka boleh war-warkan kepada rakan-rakan mereka untuk membeli buku ini. HAMPA. 99% daripada penerima buku percuma ini tidak melakukan apa-apa. Mungkin mereka tidak pun membacanya. Saban hari saya menunggu dan mengintai laman web serta Facebook mereka. Buku saya tidak dihebahkan. Buku-buku lain yang dicanangkan. Tidak kecewa, cuma suatu PENGAJARAN berguna.

5. Buku Travelog Jepun dijual dengan harga RM29.90. Saya buat promosi gila-gila. Barangsiapa beli buku saya, saya akan beri jamuan makan BBQ percuma di Jepun. Hingga kini ada 20 orang yang menyahut cabaran ini. Alhamdulillah.

6. Saya menghubungi seorang internet marketter (IM) ataupun Facebook marketer yang "hebat" dan menawarkan RM10,000 jika dia boleh mengiklankan buku saya. Jika satu yang laku, saya beri RM10. Jika 1,000 yang laku saya bayar RM10,000. No takers. PENGAJARAN yang amat BERGUNA bagi saya. Kebanyakan IM ini hanya mahu cari duit melalui kelas pemasaran. Bila disuruh buat pemasaran untuk membuktikan teorinya, hampeh sahaja. [IM yang lain jangan marah, ini pengalaman saya].

7. Harga buku RM29.90. Kos Pos Laju RM6. Ada yang beli melalui e-mel dan Facebook saya hantarkan.Kemudian saya bagi Pos PERCUMA. Tidak ramai juga yang ambil peluang.

Saya iklankan buku ini di mailing-list myJICA. Beli buku RM29 dan bayaran pos percuma. RM10 akan didermakan kepada myJICA. Saya jangkakan adalah dalam 50 orang akan beli. Hampeh betul sebab tidak seorangpun yang membelinya. Bertanya pun tidak.

Saya iklamkan pula kepada rakan Facebook. Sila iklankan buku saya. Anda jual RM29. Anda kutip duit. Anda ambil RM10. Anda hantar bakinya kepada saya. Berikan nama dan alamat pembeli. Saya [poskan kepada pembeli. Saya tanggung kos Pos Laju. Seingat saya, hantya seorang sahaja yang berbuat begitu. Itu pun dia yang beli sendiri menggunakan nama orang lain.

Anak saya kata, saya mesti buat video dan upload dalam youtube, baru ada impak. Dia mengakui buku saya sangat bagus, walau bagaimanapun susah untuk dijual.

PELANCARAN BUKU TRAVELOG JEPUN

SEHARI sebelum buku Travelog Jepun siap dicetak, saya hadir ke seminar Look East Policy (LEP)di Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan Duta Jepun mewakili Perdana Menteri Jepun. Sayang sekali, kalaulah buku itu telah siap, dapatlah saya hadiahkan senaskah kepada YAB Perdana Menteri. Tentu boommm buku saya. Sekadar angan-angan.

1. Saya, isteri dan anak saya pernah menghadiri kursus penyediaan sushi halal oleh Chef Nabil.

2. Saya bercadang untuk menjamu rakan-rakan makan sushi di rumah sebagai acara utama. Acara sampingan pula ialah Pelancaran Buku Travelog Jepun

Sebahaguan daripada sushi yang disediakan. Memang penat menyediakan sushi untuk 80 orang.

Bila hari sudah petang buka kedai .... ramai minta tandatangan buku. Maka bermulalah sesi pelancaran buku Travelog Jepun

Di samping buku sendiri, saya juga jual buku kawan. Ia sangat laris. Habis.

Seronok jumpa kawan-kawan. Namun ada juga yang tidak datang sebab takut saya kenakan bayaran makan sushi ataupun takut terpaksa beli buku saya. Saya ajak ikhlas untuk makan sahaja. Namun kawan ada macam-macam kawan.... ajak makan pun masih was-was takut perlu salam keruk :)

Buku Travelog Jepun tidak habis terjual pada hari pelancaran. Saya tidak risau, sebab tujuan utamanya ialah untuk menjamu makan. Lagi pula buku ini saya jual RM39 sedangkan kos penerbitan buku ini adalah RM40.

Pecahan kos ialah:-

Cetakan RM22, Editor RM15, Cover RM3

Mengapa menjual walaupun rugi? Itu strategi.

KISAH PENERBITAN BUKU TRAVELOG JEPUN

1. Kisah bermula sekitar trahun 2008 apabila saya menghadiri kursus menulis buku yang diadakan oleh PTS. Kelas diajarkan sendiri oleh pengerusinga, Puan Ainon Mohd. Balik daripada kelas, saya terus merangka proposal untuk menulis buku Travelog Jepun. Saya e-mel proposal kepada Puan Ainon dan beliau menerimanya dengan gembira.

2. Saya mula menulis bab demi bab. Saya menggunakan Kaedah KJ (Kawahiro Jiro Methode). Siap satu bab, saya e-mel kepada Puan Ainon dan beliau memberi ulasan dan cadangan. Saya ikut cadangan beliau dan hantar lagi dan lagi. Beliau juga turut komen, beri ulasan dan meminta tambah itu dan ini. Manuskrip ini siap sepenuhnya dalam masa kurang dari setahun.

3. Manuskrip Travelog Jepun saya hantar kepada PTS dalam bentuk softcopy dan juga hardcopy. Inilah cover asal secara main-main yang saya gunakan.

4. Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Manuskrip yang dihantar tiadak ada sebarang berita. Saya tanya A, disuruh rujuk kepada B. Tanya B dirujuk kepada C. Oleh kerana saya mempunyai deria keenam yang tajam, maka fahamlah saya bahawa buku saya tidak akan diterbitkan. Saya meminta manuskrip saya dipulangkan. Walau bagaimanapun pelbagai alasan diberikan dan sehingga sekarang ia masih belum dipulangkan kepada saya.

5. Setelah beberapa lama menyimpan manuskrip (yang jasadnya tidak ada pada saya), saya memutuskan untuk menerbitkannya sendiri. Maka bermulalah kisah terbit sendiri.

6. Mula-mula saya suruh rakan saya mendapatkan ISBN daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Berjaya untuk edisi cetak dan e-book.

7.Saya iklankan untuk mencari editor. Agak sukar. Akhirnya sdra Masdalifadzlie M Saaid, yang mempunyai latarbelakang pengajian di Jepun dan merupakan bekas editor PTS, bersetuju menjadi editor buku Travelog Jepun. Bayaran dirunding, kerja dilakukan dan selesai.

8. Cover buku saya menggunakan perkhidmatan daripada Jess Rosaria Yamin yang tinggal di Sabah. Ia tidak banyak berkira dengan kerja yang dilakukan.

9. Untuk menguji pasaran, saya membuat 100 cetakan pertama menggunakan POD (Print on Demand). Harganya agak mahal.

10. Editor, Penyedia Cover dan Pencetak masih belum saya jumpa in-person sehingga sekarang. Kami cuma berkomunikasi melalui Internet sahaja.

11. Seratus buku POD habis terjual dan kira pulang modal.

Terima kasih kawan-kawan yang memberi sokongan.

Sunday 10 February 2013

Zamri Mohammad adalah jurulatih dalam bidang penulisan yang terkenal. Beliau sendiri sudah menghasilkan puluhan buku 'best seller'.