Saturday 12 October 2013

HAK MENAIKI BAS DINAFIKAN WALAUPUN TIKET SUDAH DIBELI


Saya beli tiket bas. Perjalanan malam dari Nagoya ke Tokyo. Bas dijadualkan bertolak dari Nagoya jam 11.30 malam. Ia dijangka sampai pada jam 6 pagi di Tokyo.

Sekitar jam 11 malam, datang seorang staf beruniform. Diua beritahu saya bahawa saya dan rombongan, seramai 24 orang tidak dibenarkan menaiki bas. Saya, sebagai ketua rombongan sudah panik. Mahu bertengkar pun tidak ada gunanya. Wang harga tiket saya akan dikembalikan dan kami tidak dibenarkan menaiki bas.

Akhirnya datang seorang Mat Salleh ingin membantu. Dengan bantuannya, kami mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul. Keputusan muktamad adalah kami tidak dibenarkan menaiki bas. Alasannya ialah kerana kami membawa bagasi yang banyak. "Orang Jepun 'travel light'. Maksima hanya satu beg kecil sahaja mereka bawa". Kata pegawai itu. "Kamu punya bagasi sahaja sudah satu bas". Tawaran kami untuk membawa bagasi dengan bas lain juga ditolak.

Akhirnya..... pegawai berkenaan membawa saya kepada pegawai keretapi dan menukarkan tiket bas kepada tiket keretapi. Kami naik keretapi pada masa yang ditetapkan dan tiba di TYokyo pada masa yang sama dengan jadual ketibaan bas. Bukan itu sahaja, kami saya hanya perlu bayar 30% sahaja daripada tambang bas kerana keretapi memberikan diskaun yang banyak kepada rombongan yang  menaiki "Niagara Moon Night".