Saturday 30 March 2013

PROGRAM 2S (SAKURA & SALJI) DI JEPUN

Program 2S secara rasminya bermula pada 23 Mac dan berkhir pada 29 Mac.

Sejumlah 27 peserta telah mengikuti program ini.

1. Peserta tiba di Lapangan terbang Haneda dan terus menaiki bas ke Hakuba. Tiba di Hakuba empat jam kemudian, semua peserta telah check-in ke hotel. Minum pagi disediakan pada jam 9 pagi. Selepas minum pagi, para peserta diberi peluang bermain salji di hadapan hotel. Seterusnya para peserta dibawa ke tempat permainan ski di pergunungan. Para peserta menikmati peluang bermain salji, ski, menaiki kereta kabel dan sebagainya.

2. Hari kedua para peserta dibawa ke sebuah lagi tempat bermain ski. Di sini beberapa permainan keluarga diadakan dan ia diakhiri dengan jamuan makan tengahari bermejakan air batu.

3. Hari ketiga para peserta dibawa ke ladang wasabe yang terbesar di Jepun. Seterusnya ke outlet membeli belah sebelum menaiki shinkansen ke Tokyo. Di Tokyo kami menginap di Sugamo.

4. Acara hari ini ialah menikmati BBQ di bawah pohon sakura. Malangnya hari hujan hingga ke petang. Para peserta menghabiskan masa di kompleks membeli belah Aeon. Ia dikatakan kompleks Aeon yang terbesar di dunia.

5. Hari ini adalah free day. Ada yang ke Disneyland dan Disney Sea. Ada yang ronda-ronda Tokyo. Ada juga yang ke Hakone, Mt. Fuji dan Gotemba Outlet.

6. Hari terakhir ... menikmati keindahan sakura di Tokyo dan berlepas pulang dari Haneda pada sebelah malamnya...

No comments:

Post a Comment