Monday 28 September 2015

TRAVELOG JEPUN

Pendahuluan.
TravelogJepun adalah jenama syarikat Tomodachi Sdn Bhd yang terlibat secara langsung dalam travel ke Jepun. Syarikat ini bertempat di Kajang Sentral, Selangor. Tomodachi bermakna kawan-kawan dalam Bahasa Jepun.

Pengasas.
Pengasas Tomodachi dan juga TravelogJepun ialah Muhamad Bin Ali yang juga dikenali sebagai mba san. Nama mba san ini sebenarnya diberikan oleh sensei (guru) mba semasa beliau berkursus di Jepun. MBA mula ke Jepun pada 1989, menghadiri kursus Software Engineer di Okinawa International Center (OIC). Setelah pulang ke Malaysia pada tahun 1990, beliau menyertai The Japan International Cooperation Agency (JICA) Alumni Malaysia. Beliau memegang pelbagai jawatan dalam JICA Alumni bermula dari Penolong Setiausaha, Setiausaha, Naib Presiden dan Presiden.

Semasa dalam JICA Alumni, MBA bergiat aktif dalam pengurusan homestay pelajar Malaysia ke Jepun dan pelajar Jepun ke Malaysia. Begitu juga dengan lawatan-lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh JICA Alumni.

Beliau sekali lagi ke OIC pada tahun 1999 kerana berkursus Data Processing (DP) Manager. Semenjak itu, beliau telah ke Jepun tidak kurang dari 30 kali, samada lawatan rasmi, separuh rasmi, peribadi mahupun membawa pelancong.

Travelog Jepun
Buku Travelog Jepun: Sedasawarsa Bersama JICA di Okinawa adalah merupakan tulusan mba san yang mencatatkan pengalaman beliau di Jepun dari 1989 ke 1999. Buku ini boleh diperolehi dalam versi bercetak mahupun eBook.

Trip ke Jepun

Berikut adalah antara trip yang diusahakan oleh TravelogJepun:-

5S

Mendaki Mt. Fuji




homestay


(homestay in Malaysia)

Bakpak  (backpack)


Shopping (kain)

Shopping (sparepart kereta)



Osaka Tour

Tokyo Tour

Hakuba Tour



Okinawa Tour

Educational Trip





Muslim Friendly Project 


Kami diperkenalkan dengan program Muslim Friendly Project di Hakuba. Hakuba Goryu 47 adalah gabungan 20 buah hotel dan chalet peranginan di kawasan pergunungan ski di Hakuba. Persatuan ini melaksana Muslim Friendly Project yang bukan sahaja makanan halal, malahan juga trip yang menjaga waktu solat, tempat-tempat yang bagus, penyediaan bilik solat dan yang seumpama dengannya.

Lebih mengkagumkan saya ialah apabila orang-orang kuat Hakuba Goryu 47 datang berkunjung untuk makan malam di rumah kami di Kajang. Ia sesuatu yang sangat istimewa.

Ninja ini didatangkan khas dari Hakuba untuk show di Kajang.
Mr.Sato. Secretary General Hakuba Goryu 47.










No comments:

Post a Comment