Wednesday 13 February 2013

KISAH PENERBITAN BUKU TRAVELOG JEPUN

1. Kisah bermula sekitar trahun 2008 apabila saya menghadiri kursus menulis buku yang diadakan oleh PTS. Kelas diajarkan sendiri oleh pengerusinga, Puan Ainon Mohd. Balik daripada kelas, saya terus merangka proposal untuk menulis buku Travelog Jepun. Saya e-mel proposal kepada Puan Ainon dan beliau menerimanya dengan gembira.

2. Saya mula menulis bab demi bab. Saya menggunakan Kaedah KJ (Kawahiro Jiro Methode). Siap satu bab, saya e-mel kepada Puan Ainon dan beliau memberi ulasan dan cadangan. Saya ikut cadangan beliau dan hantar lagi dan lagi. Beliau juga turut komen, beri ulasan dan meminta tambah itu dan ini. Manuskrip ini siap sepenuhnya dalam masa kurang dari setahun.

3. Manuskrip Travelog Jepun saya hantar kepada PTS dalam bentuk softcopy dan juga hardcopy. Inilah cover asal secara main-main yang saya gunakan.

4. Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Manuskrip yang dihantar tiadak ada sebarang berita. Saya tanya A, disuruh rujuk kepada B. Tanya B dirujuk kepada C. Oleh kerana saya mempunyai deria keenam yang tajam, maka fahamlah saya bahawa buku saya tidak akan diterbitkan. Saya meminta manuskrip saya dipulangkan. Walau bagaimanapun pelbagai alasan diberikan dan sehingga sekarang ia masih belum dipulangkan kepada saya.

5. Setelah beberapa lama menyimpan manuskrip (yang jasadnya tidak ada pada saya), saya memutuskan untuk menerbitkannya sendiri. Maka bermulalah kisah terbit sendiri.

6. Mula-mula saya suruh rakan saya mendapatkan ISBN daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Berjaya untuk edisi cetak dan e-book.

7.Saya iklankan untuk mencari editor. Agak sukar. Akhirnya sdra Masdalifadzlie M Saaid, yang mempunyai latarbelakang pengajian di Jepun dan merupakan bekas editor PTS, bersetuju menjadi editor buku Travelog Jepun. Bayaran dirunding, kerja dilakukan dan selesai.

8. Cover buku saya menggunakan perkhidmatan daripada Jess Rosaria Yamin yang tinggal di Sabah. Ia tidak banyak berkira dengan kerja yang dilakukan.

9. Untuk menguji pasaran, saya membuat 100 cetakan pertama menggunakan POD (Print on Demand). Harganya agak mahal.

10. Editor, Penyedia Cover dan Pencetak masih belum saya jumpa in-person sehingga sekarang. Kami cuma berkomunikasi melalui Internet sahaja.

11. Seratus buku POD habis terjual dan kira pulang modal.

Terima kasih kawan-kawan yang memberi sokongan.

No comments:

Post a Comment