Wednesday 13 February 2013

PEMASARAN BUKU TRAVELOG JEPUN

SAYA mengambil kesempatan menerbitkan buku Travelog Jepun ini sempena Ulangtahun Ke-30 Dasar Pandang Ke Timur (Look East Polict - LEP). Logo tersebut saya gunakan pada muka hadapan buku. Ia mendapat restu JICA.

Memang banyak aktiviti dilakukan sempena ulangtahun Ke-30 LEP ini. Salah satunya ialah seminar LEP yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri. Saya tidak membuat persediaan yang rapi untuk menyerahkan buku Travelog Jepun kepada PM sebenarnya.

1. Buku Travelog Jepun edisi pertama secara POD habis dijual. Kebanyakan pembaca sukakan buku ini. Banyak juga pembaca terkilan kerana buku ini tidak disertakan dengan foto. Saya cuba mengelak dari meletak foto kerana ia akan menaikkan kos percetakan.

2. Kemudian saya cuba dapatkan pencetak yang boleh mencetak dengan harga yang murah. Alhamdulillah, berjaya ditemui. Kos cetakan 1,000 buku edisi foto berwarna ini adalah suku daripada kos cetakan terdahulu tanpa warna. Inilah trik dalam perniagaan.

3. 1,000 buku siap dicatak dan saya bawa pulang ke rumah. Ruang tamu menjadi stor. NAsib baik isteri tidak mengamuk. Setelah buku ada depan mata, baru saya fikir untuk memasarkannya. Sila strategi.

4. Hapir 100 buku yang terlebih cetak saya bahagi-bahagikan kepada rakan-rakan dengan harapan mereka boleh war-warkan kepada rakan-rakan mereka untuk membeli buku ini. HAMPA. 99% daripada penerima buku percuma ini tidak melakukan apa-apa. Mungkin mereka tidak pun membacanya. Saban hari saya menunggu dan mengintai laman web serta Facebook mereka. Buku saya tidak dihebahkan. Buku-buku lain yang dicanangkan. Tidak kecewa, cuma suatu PENGAJARAN berguna.

5. Buku Travelog Jepun dijual dengan harga RM29.90. Saya buat promosi gila-gila. Barangsiapa beli buku saya, saya akan beri jamuan makan BBQ percuma di Jepun. Hingga kini ada 20 orang yang menyahut cabaran ini. Alhamdulillah.

6. Saya menghubungi seorang internet marketter (IM) ataupun Facebook marketer yang "hebat" dan menawarkan RM10,000 jika dia boleh mengiklankan buku saya. Jika satu yang laku, saya beri RM10. Jika 1,000 yang laku saya bayar RM10,000. No takers. PENGAJARAN yang amat BERGUNA bagi saya. Kebanyakan IM ini hanya mahu cari duit melalui kelas pemasaran. Bila disuruh buat pemasaran untuk membuktikan teorinya, hampeh sahaja. [IM yang lain jangan marah, ini pengalaman saya].

7. Harga buku RM29.90. Kos Pos Laju RM6. Ada yang beli melalui e-mel dan Facebook saya hantarkan.Kemudian saya bagi Pos PERCUMA. Tidak ramai juga yang ambil peluang.

Saya iklankan buku ini di mailing-list myJICA. Beli buku RM29 dan bayaran pos percuma. RM10 akan didermakan kepada myJICA. Saya jangkakan adalah dalam 50 orang akan beli. Hampeh betul sebab tidak seorangpun yang membelinya. Bertanya pun tidak.

Saya iklamkan pula kepada rakan Facebook. Sila iklankan buku saya. Anda jual RM29. Anda kutip duit. Anda ambil RM10. Anda hantar bakinya kepada saya. Berikan nama dan alamat pembeli. Saya [poskan kepada pembeli. Saya tanggung kos Pos Laju. Seingat saya, hantya seorang sahaja yang berbuat begitu. Itu pun dia yang beli sendiri menggunakan nama orang lain.

Anak saya kata, saya mesti buat video dan upload dalam youtube, baru ada impak. Dia mengakui buku saya sangat bagus, walau bagaimanapun susah untuk dijual.

No comments:

Post a Comment